PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Terkini Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2

 

Kita sudah sedia maklum dan telah pun menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa pertama yang telah dikreditkan bermula 24 febuari lalu. Kini ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh pembayaran BPR fasa kedua.

 

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

 

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA KE 2?

Mengikut kenyataan sumber portal BPR sendiri, bayaran fasa kedua bermula pada tarikh 7 Mei 2021

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki bayaran BPR untuk Fasa Kedua adalah berbeza mengikut kategori termasuklah kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga.

 

Gambar di bawah menunjukkan jumlah bayaran yang diterima oleh penerima mengikut kategori.

Namun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan kadar kepada penerima.

 

Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah antara RM150 hingga RM600.

Semakan Status Permohonan

Proses permohonan baru/kemaskini BPR telah ditutup 15 Februari lepas.

Bagi anda yang layak fasa pertama, anda secara automatik layak menerima BPR fasa 2.

 

Cara Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2:

 

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda daftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan dipaparkan.

 

Sebarang pertanyaan & info Lanjut boleh terus ke:

 

Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button