PERMOHONAN RAKYAT

Tebus Kredit Percuma RM150 Sebelum 1 Jun 2022

 

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini sehingga Oktober lalu.

 

Ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, pelbagai inisiatif dan insentif yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang terkesan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia,

 

Oleh itu, pada kali ini pihak kami ingin kongsikan mengenai salah satu bantuan yang akan diberikan pada tahun 2022 dimana, setiap penerima yang layak akan menerima bantuan e-Wallet berjumlah RM150.

 

Ikuti perkongsian dibawah.

 

PROGRAM e-PEMULA

 

Bajet 2022 kali ini tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada para belia khususnya mereka yang berumur diantara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia yang layak.

 

KADAR BAYARAN e-PEMULA

 

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta dan bakal memanfaatkan seramai 2 juta penerima, setiap belia yang layak akan menerima sebanyak :

 

RM150  (One-off)

 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun e-dompet belia yang layak secara automatik.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Pemberian bantuan e-dompet (e-start) akan diberikan kepada belia yang berkelayakan seperti :

 

1.      Warganegara Malaysia

2.      Berumur 18-20 tahun

3.      Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

 

TARIKH TEBUS RM150

 

Tarikh untuk anda menebus kredit percuma ini bermula :

 

11 APRIL 2022 – 1 JUN 2022

 

KAEDAH TEBUS RM150

 

Penebusan kredit RM150 E-Pemula ini boleh dilakukan melalui beberapa penyedia perkhidmatan iaitu :

 

SHOPEE

 

GRAB PAY

 

Touch N GO

 

BigPay

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Program e-Start ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di : https://budget.mof.gov.my/2022/

Sumber: myportalkini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button