PERMOHONAN RAKYAT

Telah mula dibayar semalam: Ini jumlah bayaran BKM Fasa 2 yang akan diterima rakyat Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Belanjawan 2022.

 

Bantuan kewangan ini pada asasnya melibatkan pemberian wang tunai kepada mereka yang berkelayakan sebanyak empat Fasa, yang mana Fasa 1 telah pun disalurkan pada bulan Mac lalu.


Oleh itu, kini tibalah pembayaran untuk Fasa 2 yang seperti mana telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa terdapat tambahan RM50 bagi bujang dan RM100 bagi isi rumah B40. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 2: –


BKM FASA 2 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA BAGI SETIAP KATEGORI

 

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400 bagi kategori yang layak.

 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

 

A) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 59 tahun dan ke bawah

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:

 

· 0 anak : RM200

· 1-2 anak : RM300

· 3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

· 0 anak : RM100

· 1-2 anak : RM100

· 3 anak dan lebih : RM100

 

B) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 60 tahun dan ke atas

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:

 

· 0 anak : RM200

· 1-2 anak : RM300

· 3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

· 0 anak : RM100

· 1-2 anak : RM100

· 3 anak dan lebih : RM100

 

C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

· 1-2 anak : RM300

· 3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

· 1-2 anak : RM100

· 3 anak dan lebih : RM100

 

D) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun ke bawah

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

· RM0 (Tiada bayaran diberikan dalam Fasa 2)

 

E) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 60 tahun dan ke atas

 

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5000 :

 

· RM150

 

Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

 

1. Pergi ke link ini untuk buat semakan: https://bkm.hasil.gov.my/

2. Klik “LOG MASUK BKM”

3. Masukkan No Mykad anda. Selesai masukkan klik “Semak”

4. Masukkan “kata laluan” anda

5. Klik “semakan status”

6. Keputusan BKM tertera

7. Klik Maklumat Bayaran

8. Maklumat Bayaran Tertera

 

Cara Bayaran

 

Kaedah pembayaran Fasa 2 BKM 2022 adalah seperti berikut:

 

1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon/ pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

· Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.

· Pembayaran Fasa 2 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:

 

https://bkm.hasil.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button