PERMOHONAN RAKYAT

TELEFON BIMBIT PERCUMA KEPADA PELAJAR DARI KELUARGA B40 – PERMOHONAN


YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus menyokong pembelajaran mereka!
Untuk Semua – Akses kepada pembelajaran dan kuiz ulangkaji di tab ‘Sumber Pembelajaran’
Untuk Ibubapa – Mohon data 40GB percuma di tab “‘Pelan Data Percuma’
Untuk Guru – Calonkan pelajar dari keluarga B40 di tab ‘Para Guru’
TELEFON BIMBIT PERCUMA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR DARI KELUARGA B40
Pihak YTL akan menghulurkan bantuan dengan pemberian telefon bimbit secara percuma, lengkap dengan data 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) bagi membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah
PERANAN GURU DALAM MENYALURKAN TELEFON BIMBIT PERCUMA
Sebagai pejuang barisan hadapan, mewakili para pelajar, khidmat para guru amat diperlukan dalam mengenal pasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat ini.
Sekiranya guru-guru mendapati mana-mana pelajar dari golongan keluarga B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama mereka di borang melalui pautan di bawah:

Klik link: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/


Langkah Mudah Untuk Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan

  • Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.

Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
  • Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.

Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
  • Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran 

Related Articles

41 Comments

  1. Saya mpy 4 org ank yg bersekolah, agak sukar kerana tpksa berkongsi satu handset iaitu handset saya sendiri selain tdk mampu membeli handset utk ank2

  2. saya ingin memohon telefon mudah alih utk 2 org anak saya bagi membuat tugasan yang diberikan oleh guru mereka sebab saya tak mampu utk membeli

  3. sa cuma ada 1 telefon. Tapi saya terpaksa bawa telefon sebab saya bertugas barisan hadapan. sa perlukan bantuan telefon untuk anak saya.. Saya harapkan budi baik kepada yang berwajib..

  4. Saya ada mohon tapi belum da jawapan,,sebab saya ada 4 anak mereka semua memerlu kan telefon untuk belajar,kerana saya cuma ada satu je telefon.

  5. Salam sejahtera…sya dh bt permohonan utk and sya.Smpi skrg sya Blum tahu apa status permohonan sya,samada lulus @ tdk.Bgaimna sya nk semak status?

  6. Saya seorg ibu tunggal yg mempunyai 4 org anak,sy x mampu utk membeli 4 henfon utk ank sy,memandangkn kerja sekolah memerlukan kemudahan digital utk melestarikan pembelajaran,oleh itu sy mohon agar pihak berkenaan memudahkn permohonan utk mndptkn henfon utk anak2 ini,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button