PERMOHONAN RAKYAT

Terkini: Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Setiap Fasa Yang Akan Diterima 28 Mac 2022

8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

 

Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀⠀

 

Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

 

Di sini kami kongsikan kenyataan media Perdana Menteri yang baru diumumkan sebentar tadi:

 

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

 

Log Masuk MyBKM

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

 

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

 

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

 

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

 

Semakan Status BKM Fasa 1

 

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

 

Sila rujuk langkah di bawah:

 

1.      Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.

 

2.      Klik [LOG MASUK BKM].

 

3.      Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.

 

4.      Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.

 

5.      Klik [Semak].

 

6.      Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

 

7.      Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.

 

8.      Sila masukkan Kata Laluan anda.

 

9.      Klik [Log Masuk].

 

10.   Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).

 

11.   Klik Menu [Semakan Status].

 

12.   Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.

 

13.   Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.

 

14.   Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.

 

15.   Selesai.

 

Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam gambar di bawah.

 

NOTA PENTING: Jika anda menerima status seperti di bawah, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera.

 

Terlupa Kata Laluan

 

Tak boleh login?

 

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:

 

1.      Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”

 

2.      Klik “Terlupa Kata Laluan”

 

3.      Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.

 

4.      Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.

 

5.      Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.

 

6.      Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.

 

7.      Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.

 

Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password

 

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.

 

Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan 28 Mac 2022.

 

Sila rujuk jadual berikut:

 

TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022

 

Fasa 1 : 28 Mac 2022 (dikemaskini)

 

• Isi rumah

• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

• Bujang

 

Fasa 2: Jun 2022

 

• Isi rumah

• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Fasa 3 : September 2022

 

• Isi rumah

• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

• Bujang

 

Fasa 4 : Disember 2022

 

• Isi rumah

• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

 

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

 

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:

 

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

• Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

• Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.

 

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

 

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

 

Berjaya Kredit

• Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

 

Gagal Kredit

• Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

• Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

 

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

 

• Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

• Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

 

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

 

Sila rujuk jadual di bawah:

FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_BKM

 

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

 

ATAU rujuk soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .

 

Sumber: ecentral.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button