PERMOHONAN RAKYAT

Terkini : Pengeluaran Khas KWSP Telah Di Benarkan Untuk 4 Kategori Ini

 

Berita baik untuk pencarum KWSP dimana pihak kerajaan akhirnya bersetuju akan pertimbangkan pengeluaran Khas KWSP 2.0 dalam masa terdekat.

 

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Kewangan II, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah ketika berucap di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

 

Namun, ingin di ingatkan kepada anda, sekiranya pengeluaran khas tersebut tidak dapat diluluskan, anda masih boleh lagi membuat pengeluaran atas tujuan tertentu.

 

SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

 

Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.

 

Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.

SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

 

Malah, pihak KWSP juga telah menyediakan beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum sahaja. Ini bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah lagi terbuka sebagaimana Pengeluaran Khas.

 

KATEGORI YANG DIBENARKAN MEMBUAT PENGELUARAN

 

Malah, anda memerlukan wang KWSP anda khususnya pada akaun 2, anda boleh dapat sekiranya menepati syarat dan kelayakan anda.Macam-macam jenis kategori yang telah dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP secara bersyarat, ini adalah empat kategori yang umum perlu tahu.

 

1) PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah rumah idaman, malah, pihak KWSP memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah pertama sama ada melalui.

–         pembelian rumah lelong

–         rumah subsale

–         pembelian Rumah Mesra Rakyat

–         pembinaan rumah sendiri

Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

2) PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

 

Sekiranya anak anda masih belajar di universiti dan juga kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya jika ada PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain. 


Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan


3) PEMBAYARAN IBADAH HAJI

 

Para bakal haji, boleh juga mengeluarkan wang simpanan pada Akaun dua untuk mengurangkan belanja atau bebanan kos.  Anda juga pasti boleh mengeluarkan wang tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

  

Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

 

4) PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN

 

Sekiranya anda menghidapi 36 penyakit kritikal, anda turut boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk menampung kos perubatan atau alat-alat kesihatan seperti ubat atau lain-lain.

 

Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

Sumber: rujukanonline.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button