PERMOHONAN RAKYAT

TERKINI: Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)

 

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT

 

 

SYARAT DAN KELAYAKAN

 

 

SKIM PPR DISEWA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

SKIM PPR DIMILIKI

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

PEMOHON SKIM PRIMA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas
  3. Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
  4. Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah

 

 

CARA PERMOHONAN

 

 

DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

 

 

 

PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN

  1. Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

 

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.

 

 

SILA PILIH SKIM

  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

 

 

 

 

 

 

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

 

 

PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

Related Articles

45 Comments

  1. Membantu bagi kami rakyat malaysia yg amat2 memerlukan rumah sendiri/ kategori bujang pun layak,boleh dijadi kan syarat utk hidup berumahtangga ketika tiba masanya nnt..
    Sudah ada tersedia utk menjalani kehidupan berkeluarga suatu masa nnt terima kasih.

  2. Dah memohon Dan dlm proses tapi masalhnya rmh ppr Tu d jadikan tempat pesakit covid sementara ..tolng semak tempat ppr bayu pirasan Kota belud sabah… Kalau bolh tukar lah tmpt kuarentin covid tmpt YG lebih sesuai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button