PERMOHONAN RAKYAT

TERKINI : Tarikh Permohonan Rayuan BKM 2022, Kod Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan


RAYUAN BKM BAGI PEMOHON TIDAK LULUS DIBUKA 2 MEI 2022


Semakan status BKM telahpun boleh disemak mulai 28 Mac 2022. Terdapat beberapa pemohon yang mengadu mendapat status TIDAK LULUS BKM walaupun sebelum ini merupakan penerima BSH, BPN dan BPR.

 

Berikut adalah antara alasan Tidak Lulus BKM yang dikongsikan oleh pengguna di media sosial :

 

• Kod 04 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000

• Kod 06 – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

• Kod 08 – Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

• Kod 09 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500

• Kod 13 – Pasangan berdaftar sebagai PemegangSaham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

• Kod 15 – Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah B40

• Kod 18 – Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

• Kod 21 – Pemohon wujud sebagaipasangan di permohonan lain

• Kod 32 – Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

• Kod 33 – Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan

• Kod 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan

 

Cara Permohonan Rayuan BKM

Jika anda menerima status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat permohonan rayuan secara atas talian melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my.

 

Permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

 

Sila ambil maklum dan sediakan rekod dan dokumen yang diperlukan untuk tujuan semakan semula oleh LHDN.

 

Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)

 

Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.

 

Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?

 

Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

 

•> i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau

•> ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

 

Ini bermaksud, pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.

 

Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.

 

Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan

pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu

dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

 

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan rayuan BKM, sila rujuk FAQ di bawah:.

 

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

 

Bilakah tarikh rayuan BKM?

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

 

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

Bagaimana cara membuat rayuan BKM?

2 Kaedah permohonan rayuan:

 

i. Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022

(Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/)

 

ii. Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.

(Permohonan di Pejabat LHDN)

 

Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06).

 

Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?

 

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau

ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

 

Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.

Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan

pelajar separuh masa.

Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

 

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau

ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

 

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

 

i. Isi Rumah

 

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati

syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai

anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

iii. Bujang

 

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai

anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.

 

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

 

i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit

ii. Nama Penerima

iii. Fasa Pembayaran

iv. Jumlah dikredit

v. Status Kredit

vi. Nama Bank

vii. Nombor Akaun Bank

 

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian.

Adakah saya layak menerima BKM 2022?

Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan

penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button