BERITA

Tiada Alasan Lagi Enggan Benar Pengeluaran KWSP – Asyraf

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah tiada alasan untuk tidak memenuhi harapan rakyat menuntut pengeluaran wang simpanan merekabagi pengeluaran terakhir RM10,000 Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP), kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

 

Ini kerana, semua parti politik – Barisan Nasional, Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sepakat untuk menyokong pengeluaran i-Citra KWSP.

 

Menurutnya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan menjawab hari ini  segala perbahasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen sepanjang membahaskan usul menyokong titah Yang di-Pertuan Agong.

 

”Tiada lagi alasan untuk Kerajaan tidak memenuhi harapan rakyat yang terdesak, tertekan dan amat susah ketika ini untuk menuntut pengeluaran wang simpanan mereka.

 

Apatah lagi apabila hampir semua Ahli Parlimen yang mewakili parti-parti Politik daripada kerajaan mahupun pembangkang, telah mula merubah pendirian asal dengan menyokongnya dalam perbahasan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

 

– MalaysiaGazette

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button