BERITA

Tiada Lagi Pemeriksaan Status Vaksinasi, Daftar Maklumat Vaksinasi Untuk Masuki Haramain

KUALA LUMPUR: Memasuki fasa peralihan endemik, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, perkara yang sama juga akan diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial termasuk kenduri kahwin.

 

“Berhubung keperluan vaksinasi, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

 

“Jadi tidak timbul ada dos penggalak atau tiada, begitu juga dengan pekerja yang sebelum ini dihadkan kepada jumlah. Sekarang tiada had dan tidak lagi perlu bergantung kepada vaksin,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, pada Isnin.

 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, had kapasiti 50 peratus yang ditetapkan untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai juga dimansuhkan.

 

“Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.

 

“Dengan peralihan ke fasa endemik ini, had tersebut dimansuhkan secara menyeluruh, bermakna tiada lagi ada had 50 peratus tetapi penjarakan fizikal perlu dijaga.

 

“Kalau majlis kenduri, sebelum ini di ballroom kita hadkan (kapasiti) kepada 50 peratus, sekarang kita mansuhkan had tersebut. Tetapi perlu ada penjarakan fizikal yang munasabah dalam dewan tersebut,” kata beliau.

 

– astroawani

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button