BERITA

Tiga Fasa ~ Pemberian Vaksin Covid-19 Secara Percuma Untuk Rakyat Malaysia

 

Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

 

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma, membabitkan tiga fasa.

 

 

 

 

FASA PERTAMA

Akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan, dengan program imunisasi dijadualkan tamat pada April.

 

 

FASA KEDUA

Membabitkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Mereka ialah warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

 

“Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.

 

 

FASA KETIGA

membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula Mei hingga Februari tahun depan, dengan fasa ini bertujuan membentuk perlindungan kelompok, seterusnya mengawal pandemik secara menyeluruh.

Sumber : bharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button