BERITA

Tindakan Pantas Orang Awam Berjaya Selamatkan Murid Sekolah Daripada Diculik

 

TINDAKAN pantas orang awam menyedari tingkah laku mencurigakan seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang murid sekolah agama berusia tujuh tahun daripada diculik dalam satu kejadian di Taman Kota Masai, Johor pagi tadi.

 

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

 

Katanya, suspek berusia lingkungan 20-an telah ditahan oleh orang awam ketika melarikan seorang murid berbangsa Melayu yang sedang dalam perjalanan ke Sekolah Agama Taman Scientex.

 

“Suspek pemegang kad orang kurang upaya (OKU), pesakit mental telah ditahan polis.

 

“Siasatan awal mendapati suspek telah mempelawa mangsa untuk menghantar balik ke rumah dengan menaiki motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Taman Scientex telah pergi ke lokasi dan menahan suspek serta merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan semasa kejadian.

@utusantvofficial Tahniah orang awam pantas bertindak. Kejadian 11 MEI 2022 | 11.30 pagi. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

 

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine dan dikehendaki di bawah kesalahan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

 

Kamarul Zaman berkata, kes kini di siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

 

– utusanTV

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button