PERMOHONAN RAKYAT

Tips Kemaskini Permohonan Di MySPP Dengan Betul Untuk Mudah Dapat Pangilan Temuduga

 

Ingin kerja kerajaan dalam sektor pendidikan? Atau, ingin mengisi kekosongan jawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tapi tak tahu cara. Sebelum anda boleh memohon kerja dalam sektor perkhidmatan pendidikan, mula-mula sekali anda perlu mendaftar akaun baru MySPP sebagai pencari kerja mengikut tahap kelulusan anda. Pendaftaran Akaun MySPP boleh dibuat secara online dan secara percuma sahaja.

 

Bagi yang dah mohon tetapi permohonan anda masih belum berjaya atau tidak pernah mendapat sebarang panggilan temuduga, anda perlu ketahui cara kemaskini jawatan yang dipohon di MySPP dengan betul. Kesilapan kemaskini jawatan boleh menjadi punca permohonan anda tidak berjaya!

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips kemaskini jawatan di MySPP dengan betul dan panduan untuk kemaskini.

 

TIPS KEMASKINI JAWATAN DI MySPP

Berikut adalah beberapa tips kemaskini jawatan yang dipohon di MySPP agar anda mendapat panggilan temuduga:

 

1. Pastikan Anda Kerap Kemaskini Jawatan Dipohon

 

Jika anda susah untuk terima sebarang panggilan ujian, cuba lihat balik berapa kerap anda kemaskini jawatan yang dimohon di laman MySPP? Jangan tunggu tempoh permohonan luput sah laku baruu nak kemaskini. Pastikan anda kemaskini jawatan yang dimohon dengan lebih kerap.

 

2. Mohon Jawatan Yang AdabKekosongan

 

Nak kemaskini MySPP tetapi tak tahu nak kemaskini jawatan apa untuk dipohon? Pastikan anda mohon jawatan yang SEDANG ADA KEKOSONGAN atau sedang diiklankan oleh pihak SPP. Anda boleh semak iklan jawatan kosong yang ditawarkan di laman web rasmi SPP atau Facebook rasmi SPP di bawah:

• https://www.spp.gov.my/

• Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

 

Anda perlulah rajin sedikit untuk semak jawatan kosong terbaru yang ditawarkan dan kemaskini di MySPP anda. Jika layak, anda akan dapat panggilan temuduga dalam masa terdekat.

 

3. Mohon Jawatan Yang Sesuai Dengan Kelayakan

 

Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa iaitu syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan jawatan yang dipohon.

 

Mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda sahaja! Dalam beribu calon yang buat permohonan jawatan, setiap calon akan ditapis dan hanya calon yang memenuhi semua syarat kelayakan dinyatakan sahaja akan dipanggil temuduga.

 

4.  Pengambilan Banyak Setiap Mohon Jawatan Yang Ada Tahun

 

Mohon jawatan yang ada pengambilan banyak setiap tahun ini juga antara salah satu tips berguna untuk calon yang nak mudah dapat panggilan. Semakin banyak pengambilan satu-satu jawatan, semakin cerah peluang untuk calon dapat panggilan untuk kerja kerajaan.

 

5. Pastikan Maklumat Lengkap & Disimpan

 

Pastikan SEMUA maklumat diri anda yang diisi dalam MySPP adalah benar dan lengkap. Simpan setiap perubahan maklumat yang dibuat. Klik SIMPAN di laman pengisian maklumat setiap kali anda buat sebarang perubahan atau pengemaskinian.

 

6. Perakui Kemas Kini

 

Dah pilih jawatan yang nak dimohon atau telah kemaskini maklumat, pastikan anda PERAKUI KEMAS KINI anda. Setiap kemaskini perlu diperakui. Perakuan boleh dibuat di akhir laman permohonan MySPP dengan menandakan tick pada kotak SETUJU dan klik HANTAR.

Bila dah hantar, kemaskini maklumat anda telah BERJAYA! Ingat, setiap kali nak kemaskini permohonan MySPP anda, pastikan anda ikut tips-tips yang dikongsikan di atas supaya permohonan anda mudah untuk berjaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button