PERMOHONAN RAKYAT

Update Terbaru, Ini Tarikh Bayaran KWSP Khas Ke Bank Masing-masing

 

Update terbaru, ini tarikh bayaran KWSP khas ke Bank masing-masing.Kami tahu, anda adalah antara orang yang tak sabar-sabar nak check status Pengeluaran Khas KWSP dan ingin maklumat tarikh Pengeluaran Khas KWSP masuk dalam akaun bank bukan? Tak payah tipu, kami tahu. Kalau tak, takkan anda Google sana, Google sini semata-mata nak tahu adakah orang lain pun mempunyai perasaan yang sama dengan anda iaitu mahu tahu status pembayaran KWSP 10k.

 

Sebelum anda check akaun bank, sila pastikan yang anda sudah buat semakan status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP 10k terlebih dahulu. Sila log masuk portal Pengeluaran Khas KWSP dan chek samada permohonan anda lulus atau tidak. Jangan menggelabah kalau duit KWSP anda belum masuk kerana tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini hanya bermula pada 20 April 2022.

 

Kami akan share beberapa perkara penting berkenaan semakan dan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.

 

Bila tarikh duit Pengeluaran Khas KWSP masuk?

Berdasarkan FAQ, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan bilakah tarikh akhir bayaran akan dibuat.

 

Jadi, kami berpendapat bahawa jika anda memohon pada 1 April 2022, anda bakal menerima bayaran pada 20 April 2022.

 

Sekiranya lewat daripada tarikh 1 April 2022, contohnya pada pertengahan bulan iaitu 15 April, mungkin anda akan menerima pembayaran lewat daripada 20 April 2022.

 

Jika anda mula memohon pada tarikh akhir iaitu 30 April 2022, kemungkina besar anda akan menjadi penerima yang paling lewat menerima duit KWSP masuk ke dalam akaun bank.

 

Jadi, jangan lewat-lewatkan permohonan. Kalau boleh cepat, cepatkan.

 

Macam mana cara pembayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas ini akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment). Jadi, beruntung juga sebab boleh dapat duit sekelepuk.

 

Duit KWSP 10k dah masuk ke?

Kalau baru submit pada 1 April 2022, janganlah berangan nak dapat RM10,000 pada 2 April 2022. Tunggulah setidak-tidak pada tarikh 20 April 2022.

 

Untuk kepastian, selain daripada status semakan di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my; anda juga perlu menyemak baki duit dalam akaun anda.

 

Boleh rujuk pautan mengikut Perbankan Internet masing-masing seperti di bawah:

 

Bank Simpanan Nasional (BSN)

CIMB Bank / CIMB Islamic Bank

Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic

Affin Bank / Affin Islamic Bank

RHB Bank / RHB Islamic Bank

Bank Muamalat

Maybank / Maybank Islamic

Bank Islam

Public Bank / Public Islamic Bank

Agro Bank

Ambank / AmIslamic Bank

 

Kenapa duit Pengeluaran Khas KWSP 2022 belum masuk lagi?

Satu sahaja kami boleh cakap.

Sabar.

Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Anda perlu faham bahawa pihak KWSP menerima jumlah permohonan yang sangat-sangat tinggi.

Sebagai contoh, andaikan 5 juta pemohon memohon untuk mengeluarkan duit simpanan dalam Pengeluaran Khas KWSP ini. Tentu sekali ia akan mengambil masa yang lama untuk diproses.

“Kan dah ada komputer. Kenapa slow sangat?”

Bertenang.

 

Komputer pun bukanlah bijak sangat. Ada masanya, komputer pun ada masalah juga.

 

Sudah-sudahlah menyalahkan pihak-pihak yang berkaitan.

 

Apa kata kita teruskan menunggu dengan sabar.

 

Apa nak buat kalau duit Pengeluaran Khas KWSP belum dapat lagi?

Nasihat kami, anda perlu check sekali lagi sekali. Double-check dan pastikan bahawa anda benar-benar mendapat status lulus Pengeluaran Khas KWSP, barulah layak menerima pembayaran.

 

Seperkara lagi, jika anda lulus sekalipun, ada kemungkinan duit belum masuk juga. Takut-takut duit tidak masuk ke dalam akaun bank sebab akaun bank anda tidak aktif.

 

Sila semak dengan pihak bank untuk kepastian.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini dapat melegakan hati anda. Seperti yang dimaklumkan tadi, jangan lupa semak cara bayaran juga.

 

Jika perlu, sentiasalah kemaskini KWSP online melalui i-Akaun kerana ia akan memudahkan urusan pada masa akan datang.

Related Articles

One Comment

  1. Dari dulu dok merepek je penulis2 korang ni. Tajuk real je. Setakat nk bgtau yg 20 haribulan tu tarikh dia start masuk, semua org dah tau dah. Tajuk click bait gola, lps tu berita ntah apa2

  2. Assalamualaikum. Tumpang Tanya sikit ye. Permohonan sy Masih tertulis. Permohonan ANDA telah diterima. Sy xdpt tarikah lagi la. Kwn sy yg buat permohonan. Slps sy semua dh dpt tarikh. Bagaimana ye cara Nye. Blh tlg sy. Terima kasih. Assalamualaikum

  3. Halah2… Jgn la nak nipu..
    Kita org adik beradik masing2 mohon 1 april, tapi tarikh bank in 24 hb april dan ada yg 28 april…
    Nak kena wassap personal MK TZ kot baru boleh dapat 18hb April..

    Dia sendiri pun cakap, "RAMAI YANG WASSAP SAYA SURUH PERCEPATKAN BAYARAN"…

    Jadi, xyah la up berita palsu…
    Janji masuk sudah..

  4. Kenape sy mohon 2april malam sekali dgn kawan saya pastu mereka semua dah lulus nak dapat dah tapi sy belom hijau lagi sampai skrang🥺,rasa memang tak adil duit pun tksampai 2k pun tapi lambat masuk ,tolong la cepatkan kelulusan utk beli barang raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button