BERITA

Vaksin: DCA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun – Khairy

 

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan Pihak Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

 

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, KKM pada ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar vaksin itu berhubung jadual penghantaran.

 

 

Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan berusia itu menerima vaksin di negara ini.

 

“Kita masih mengadakan perbincangan dengan pihak PfizerBioNTech mengenai jadual penghantaran, kita akan mengumumkan nanti dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

 

 

Berkait isu yang sama, Khairy memaklumkan KKM menubuhkan Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) hari ini untuk menjalankan pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak).

 

Menurutnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

@c_o_g__ceo_of_gantung Reply to @darthbender888 #thegantungz #fypmalaysia #fypシ #jomOlo2 #Hello2022 ♬ Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslaw & Amee

 

Sebelum ini kerajaan menubuhkan COVID-19 Remaja (CITF-A) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B).

 

Sumber : Astro Awani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button