BERITA

(VIDEO) AWAS! Kesihan Kakak Ni Kena Tipu ~ Taktik Terbaru Mencuri Kad Dan Password Di Atm

Mudahnya mencuri wang di mesin ATM! Dua hari ini kita digemparkan dengan kes mencuri wang secara bijak melalui mesin ATM di seluruh negara. Dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki, pencuri ini mencuri tanpa perlu merompak. Video di bawah menerangkan modus operandi curi wang di mesin ATM.

 

Sejenis malware yang dikenali sebagai ulssm.exe akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

 

Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera. -HMetro.

 

Sama seperti yang berlaku di negara jiran ini, dimana modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan yang berlaku di negara kita.

 

Dimana mereka mengatur system atm agar kad mangsa tida boleh dibaca dan mengambil peluang untuk mencuri data peribadi seperti kata kunci kad dan kad itu sendiri.

 

Perhatikan video selanjutnya ini:

@meidena031 #viralditiktok #HyAminoBebasKilap#viralvideos #meidena031 #fypp ♬ suara asli – Cepiean Maiden

 

Oleh itu, sentiasalah berhati-hati jangan sesekali memberikan kad atm anda kepada orang yang anda tidak kenali, kerana penjenayah ini sentiasa menunggu kita melakukan kesilapan untuk mereka bertindak melakukan jenayah mereka.

 

Disini kami sertakan 5 lagi modus operandi yang biasa dilakaukan penjenayah untuk mencuri duit kita atau mengambil maklumat bank kita.

 

A. Helah panggilan telefon

 

Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan.

 

Modus Operandi

 

1. Mangsa mendapat panggilan telefon mengatakan kad kreditnya di sebuah bank tempatan digunakan di sebuah pusat membeli-belah.

 

2. Mangsa menafikan beliau mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan sindiket berjanji akan berhubung dengan bank negara mengenai masalah tersebut.

 

3. Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang kononnya daripada bank negara dan meminta semua maklumat peribadi mangsa.

 

4. Bagi menyekat kad kredit supaya tidak disalahgunakan, mangsa diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

 

5. Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai.

 

6. Mangsa hanya sedar telah ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga.

 

B. Love scam

 

Memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa merupakan satu lagi taktik penipuan ‘Love Scam’ yang digunakan untuk menjerat wanita/lelaki yang belum berkahwin dan wanita/lelaki lanjut usia yang memerlukan teman hidup.

 

Modus Operandi

 

1. Mangsa berkenalan dengan mangsa melalui emel, facebook, twitter dan lain-lain media sosial.

 

2. Suspek akan menggunakan kata-kata manis, janji-janji palsu dan panggilan manja bagi menawan hati mangsa.

 

3. Dalam tempoh perkenalan tersebut, mereka tidak pernah bertemu dan perhubungan menjadi bertambah erat melalui perbualan telefon.

 

4. Setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dari mangsa dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa.

 

5. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

 

6. Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus menghilangkan diri.

 

C. Penipuan Black Money

 

Penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai Black Money Scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untuk mengeluarkan sejumlah wang kononnya untuk membeli sejenis bahan kimia untuk mencuci wang dan dijanjikan hasil yang lumayan.

 

Modus operandi

 

1. Suspek menggunakan keratan kertas hitam bersaiz dolar Amerika Syarikat kononnya wang kertas tulen yang sengaja dihitamkan (black money) untuk diseludup keluar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

 

2. Wang tersebut kononnya wang kekayaan bekas diktator yang meninggal dunia.

 

3. Mangsa ditawarkan sebahagian daripada kekayaan tersebut sekiranya membantu membiayai kos membeli cecair kimia untuk membersihkan wang hitam tersebut.

 

4. Mangsa terpedaya dengan tawaran berkenaan dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli cecair kimia yang dikatakan ‘mahal’ itu.

 

5. Setelah memperolehi wang daripada mangsa, suspek menghilangkan diri.

 

D. Penipuan guna parcel

 

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima bungkusan/parcel yang kononnya sebagai tanda persahabatan.

 

Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang didakwa bagi tujuan pembayaran kos bungkusan atau parcel yang dikirim menggunakan taktik seperti berikut:

 

Modus operandi

 

1. Mangsa berkenalan dengan sindiket melalui laman web sosial yang kononnya berasal dari negara-negara di United Kingdom. Mangsa kebanyakannya adalah wanita pelbagai bangsa yang bersendirian/kesepian.

 

2. Sebagai tanda persahabatan, sindiket akan menghantar bungkusan hadiah kononnya mengandungi barang kemas dan wang tunai kepada mangsa.

 

3. Mangsa kemudiannya dihubungi seseorang yang mengaku sebagai pegawai kastam di lapangan terbang atau syarikat kurier, mengatakan barang yang dihantar telah sampai dan ditahan kerana tidak membayar cukai, insurans atau wang tunai tidak diisytihar.

 

4. Mangsa diyakinkan pula dengan panggilan telefon oleh orang tempatan kononnya bungkusan/parcel tersebut telah sampai di Malaysia dan perlu membuat bayaran ‘clearance’.

 

5. Pembayaran perlu dibuat kepada sindiket melalui nombor akaun yang tertentu. Mangsa hanya sedar tertipu apabila barang yang dihantar tidak diterima.

 

E. Penipuan SMS cabutan bertuah

 

‘Lucky Draw’ adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai.

 

Modus operandi:

 

1. Mangsa menerima SMS yang menyatakan telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.

 

2. Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.

 

3. Mangsa dikehendaki memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.

 

4. Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.

 

SUMBER: PDRM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button