BERITA

(Video) Cara Buat Resume Tanpa Guna Laptop, 15 Minit Siap

Oleh kerana disebabkan pandemik COVID-19, ramai diantara kita yang kehilangan pekerjaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu. Untuk mencari kerja semula bukanlah mudah, oleh kerana ramai yang turut sama mencari dan peluang pekerjaan yang kurang, majikan perlu mencari pekerja yang tepat.

 

Jadi macam mana hendak buat majikan pilih kita berbanding orang lain? Salah satu cara nya adalah dengan ada resume yang lengkap dan bagus.

 

Sebelum melangkah mencari pekerjaan, perkara yang paling utama adalah perlu dilakukan ialah mencipta resume yang bagus dan lengkap, sesuai dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh majikan. 

Boleh dikatakan bahawa resume adalah benda pertama yang dilihat oleh setiap majikan dan menjadi penentu untuk kita mendapat pekerjaan atau tidak.

 

Walaupun setiap orang mempunyai idea kreatif yang tersendiri ketika menghasilkan resume, namun diingatkan agar jangan keterlaluan sehingga ‘menenggelamkan’ maklumat penting yang perlu dinilai oleh majikan.

 

Namun tidak semua orang mempunyai kelengkapan seperti laptop dan komputer untuk membuat resume. Bahkan ada yang terpaksa bersusah payah meminta pertolongan orang lain. Jika korang ada masalah seperti ini, korang jangan risau kerana resume juga boleh dibuat dengan menggunakan smartphone.

 

Menurut pengguna TikTok, @shahrilfadzlyn, korang boleh membuat resume dalam aplikasi yang terdapat di Playstore. Mari ikuti cara-cara yang telah dikongsikan oleh Shahril di bawah ini.

 

Download apa-apa aplikasi resume (Contoh: Resume Builder App, CV Maker)

1. Tekan create resume

2. Masukkan maklumat diri dan gambar

3. Tekan view CV

4. Pilih template design

5. Tekan zoom untuk periksa semula maklumat

6. Tekan download dan siap

@shahrilfadzlyn Nak buat resume tapi tak ada laptop? Say no more #tutorial #kerja ♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Mudah bukan? Kalau korang masih lagi tidak faham, jom tengok video yang dikongsikan oleh Shahril di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok shahrilfadzlyn

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button