BERITA

[VIDEO] Kawasan Parkir Berhampiran Taman Negara Gunung Kinabalu Runtuh

 

Kawasan parkir berhampiran Taman Negara Gunung Kinabalu, Kundasang, di sini, ditutup sebaik tanah runtuh berlaku, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiada orang awam dilaporkan cedera serta tidak menyebabkan laluan utama Jalan Ranau-Tamparuli terjejas.

 

 

 

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, pihaknya menerima aduan jam 7.15 pagi dan segera menjalankan pemantauan dengan kerjasama syarikat konsesi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

 

Kawasan parkir Taman Negara Gunung Kinabalu yang runtuh kira-kira jam 1 pagi, hari ini.

“Ia berlaku di hadapan simpang pusat pelancongan dan tidak menjejaskan laluan kedua-dua arah menghala Kota Kinabalu.

 

 

“Runtuhan dipercayai akibat hujan berterusan beberapa hari dan kita sudah melaksanakan penutupan kawasan untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi.

Sumber : sabahpost

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button