PERMOHONAN RAKYAT

(VIDEO) Penjelasan KWSP Mengenai Permohonan Telah Diterima & Permohonan Tiada Dalam Rekod

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

 

Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Ramai dah buat semakan dan keliru dengan status permohonan yang dipaparkan terutamanya “Permohonan Anda telah Diterima”. Ini bermaksud permohonan diluluskan atau tidak?

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan KWSP mengenai status permohonan Pengeluaran Khas melalui panggilan telefon bersama pengguna TikTok yang bernama @hijrahsk :

 

@hijrahsk GOOD LUCK SEMUA..#kwsp #duitraya #hijrahsrikandi #bicarauntukanda #myelliza ♬ RIP, Love – Faouzia

 

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

 

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

 

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

 

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

 

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

 

·        Akaun bank (simpanan atau semasa)

·        Akaun bank masih aktif

·        Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

 

Peringatan:

 

·        Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

·        Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

·        Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

·        Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.

·        Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank

 

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

 

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

 i-Akaun (Ahli)

 

·        Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun

·        Kios KWSP

 

Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

 

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

 

·        Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau

·        Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button