BERITA

(VIDEO) Trak ‘Mack’ Sultan Johor, Trak Termahal Di Dunia

 

Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memiliki trak Mack akhirnya berjaya direalisasikan.

 

Majlis penyerahan trak ‘Mack’ paling mahal di dunia itu berlangsung di Dataran King George di Brisbane, pada Khamis.

 

Pembuatan trak berkenaan mengambil masa setahun di ibu pejabat Mack Trucks di Wacol, Queensland.

 

Harga trak tersebut tidak didedahkan, namun sumber memberitahu ia mungkin mencecah RM1.4 juta.

 

Menurut Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick, trak tersebut mempunyai elemen eksklusif dan tidak akan didapati dalam trak Mack yang lain.

 

Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera litar tutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.

 

Trak itu akan mula digunakan dalam satu majlis amal hujung bulan ini. Namun, lokasi majlis tersebut tidak didedahkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button