BERITA

Waktu Berbuka & Imsak Negeri Pulau Pinang 2022 (JAKIM)

 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pulau Pinang Untuk Bulan Ramadan 1443H / Tahun 2022 (JAKIM)

 

Untuk makluman, umat Islam di Malaysia bakal menyambut 1 Ramadan pada 3 April 2022.

 

Dalam bulan Ramadan, umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa selama 1 bulan sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

 

Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pulau Pinang Untuk Bulan Ramadan 1443H / Tahun 2022 yang bersumber dari JAKIM untuk makluman bersama.

 

Anda juga boleh print siap-siap supaya mudah nak rujuk nanti.

 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1443H / Tahun 2022 Bagi Negeri Pulau Pinang (JAKIM)

 

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1443H/2022M

 

OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

 

https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/3044-jadual-waktu-imsak-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-2022-1443h

 

Doa Berbuka Puasa

 

DOA BERBUKA PUASA SENDIRIAN

 

DOA BERBUKA PUASA RAMAI

 

NOTA:

 

Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]

 

Namun Mufti WP berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.

 

DOA BUKA PUASA BERDASARKAN HADIS / SUNNAH

 

Doa yang lebih sahih dan bersandarkan sunnah adalah doa buka puasa seperti di bawah:

 

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى

 

(Dzahabaz zhama’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru, insyaallahu taala)

 

Maksudnya: Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah, dan telah terhasil pahala, insyaAllah.

 

Sunan Abi Dawud (2357)

 

Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Ramli, doa ini dibaca sejurus selepas berbuka (عقب), bukan sebelumnya.

 

(Rujuk Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj, 3/435 dan Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, 3/183. Doa-doa ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkaar)

 

Antara doa yang bagus untuk dibaca ialah seperti doa ‘Abdullah ibn ‘Amru sewaktu berbuka puasa:

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

 

Maksudnya: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon dengan rahmat-Mu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuniku.

 

Sunan Ibn Majah (1753)

 

7 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

 

Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:

 

1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.

 

2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

 

3) Muntah dengan sengaja.

 

4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.

 

5) Melancap. Yakni mengeluarkan air mani.

 

6) Datang darah haid atau nifas.

 

7) Gila dan murtad.

 

Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

 

Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi pesakit asthma, ditarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat dan lain-lain.

 

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1355-al-kafi-395-perkara-perkara-yang-membatalkan-puasa

 

Sumber: harianpost.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button