BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Waspada Emel Palsu ‘Scam’ Berkenaan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

 

Waspada EMEL PALSU berkenaan status permohonan Pengeluaran Khas. Semak dengan teliti alamat emel penghantar, dan jangan klik pautan yang mencurigakan.

 

Sekiranya anda berasa sangsi dengan emel yang diterima, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000 untuk pengesahan lanjut.

 

Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan Pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April.

 

CARA SEMAK STATUS

 

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

; atau

Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

 

CARA PEMBAYARAN

 

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

 

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

 

·        Akaun bank (simpanan atau semasa)

·        Akaun bank masih aktif

·        Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

·        Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

·        Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

·        Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

·        Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.

·        Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button