BERITA

“YANGGGGG MAK JATUH DALAM TOILETT!!!”- Penyanyi 35 tahun, Nubhan kongsi kejadian menimpa mak

 

Penyanyi berumur 35 tahun, Nubhan berkongsi detik cemas apabila ibunya atau dikenali dengan panggilan Omak Jenny mengalami kecederaan selepas terjatuh semasa berada di dalam bilik air pada sabtu lalu.

 

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, kejadian itu disedari oleh isterinya, Afifah hidayah Ahmad iaitu pada sekitar jam 2.30 pagi

 

“Jam 2.30 pagi isteri saya jerit! Yang! Mak jatuh dalam bilik air! Saya terkejut dan terus berlari ke mak. Masa tu mak dah mengesot ke pintu tandas tak boleh bangun.

 

“Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalua apa-apa terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun. Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan.

 

“Nubhan… Mak jatuh tadi, lantai tu licin (dalam nada sebak mak cakap kat saya). Ya Allah betapa bersalahnya saya rasa… terasa gagal dalam menjaga mak,” tulisnya di Instagram (IG).

 

view nubhan.ahamad (IG) post

 

Nubhan berasa bersyukur dan lega apabila ibunya hanya cederah dibahagian tangan sahaja.

 

“Tangan mak sedikit retak. Tapi alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa satu bulan.

 

“Insya-Allah… mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” tulisnya lagi.

 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar ibu kepada pelantun lagu Selamat Jalan Cinta ini cepat sembuh. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat.


Sumber: gempak, nubhan.ahamad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button