PERMOHONAN RAKYAT

YTL FOUNDATION – MOHON / SEMAKAN TELEFON PERCUMA BAGI GOLONGAN B40

 

DAPATKAN DATA PERCUMA

 

YES memberikan kad SIM pelan data prabayar bernilai 40GB kepada ibubapa untuk pembelajaran anak – anak mereka di rumah. Kad SIM ini akan di hantar ke alamat kediaman yang berdaftar.

 

 

 

 

 

BANTULAH KAMI UNTUK SALURKAN TELEFON BIMBIT PERCUMA

Pertolongan anda diperlukan: Realitinya, bukan semua murid dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada dikalangan mereka yang tidak mampu untuk memiliki sebarang alat peranti. Untuk itu kami ingin membantu dengan memberikan telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan) kepada murid dari keluarga B40 supaya mereka boleh belajar dari rumah. Adakah anda mengenali murid yang tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah kerana tidak mempunyai peranti?

 

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

 

 

 

 

Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:

  1. Nombor MyKid/MyKad murid
  2. Nombor MyKad Ibubapa
  3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

 

Pendaftaran : https://appform.prod.frogdev.asia/

Semakan : https://lcs.yes.my/

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button